Followers

Welcome To Ceritaduniaerwanalif.blogspot.com-------------------> I'm not Special, I'm just Limited Edition

Saturday, May 7, 2011

Happy Mother's Day . . .


Ibu . . .
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembira,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu . . .
Segala nasihat yang kau hamparkan kepada ku,
Akan ku semat kukuh di dasar Ingatanku ini,
Kelembutan bicaramu serta doa untuk kejayaan ku,
Akan menjadi peniup semangat hingga ke akhir hayat ku,

Ibu . . .
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu . . .
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.






Thanks Because Read My Blog I'm not Special,I'm just Limited Edition Cerita Dunia eRwan Alif

0 comments:

Post a Comment

Merepek Jak la ! ! ! ! ! !